JDT lebar jurang mata, Kelantan bangkit kutip mata - Sukan | mStar

JDT lebar jurang mata, Kelantan bangkit kutip mata

Pemain Kuala Lumpur Paulo Josue Sturmer Dos Reis (tengah) diasak pemain Kelantan pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke IV pada Sabtu.

KUALA LUMPUR: Juara Liga Super empat kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) melebarkan jurang mata dalam carta kedudukan liga selepas membenam pasukan tercorot, Negeri Sembilan 4-0 di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi, Sabtu malam.

Perbezaan jurang mata itu turut dipengaruhi dengan keputusan perlawanan antara Pahang dan Kedah yang berkesudahan seri 2-2 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

JDT kini berada di puncak liga dengan mengumpul 24 mata selepas sembilan perlawanan, manakala Pahang di tempat kedua dengan ketinggalan enam mata, diikuti Perak yang mengutip 16 mata dengan kelebihan satu perlawanan manakala PKNS FC di tangga keempat dengan 14 mata.

Penyerang prolifik muda negara, Muhammad Safawi Rasid muncul wira skuad Harimau Selatan apabila menjaringkan dua gol pada minit ke-62 menerusi penalti dan minit ke-73, manakala pemain import dari Argentina, Gonzalo Cabrera dan La Vere Lawrence Corbin Ong, masing-masing menjaringkan gol pada minit kelima (penalti) dan ke-37.

Skuad Tok Gajah pula gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila pemain import dari Brazil, Sandro da Silva berjaya membantu Kedah menyamakan kedudukan sebanyak dua kali untuk berkongsi satu mata.

Pasukan kendalian Dollah Salleh meraih jaringan menerusi pemain import dari Kemboja, Vathanaka Chan pada minit ke-10 dan pemain import dari Singapura, Muhammad Safuwan Baharudin (minit ke-39), sebelum skuad Lang Merah menyamakan kedudukan menerusi jaringan Sandro pada minit ke-18 dan ke-49.

Sementara itu, PKNS FC melonjak ke tempat keempat selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Melaka United di Stadium Shah Alam, menerusi jaringan penyerang import dari Brazil, Rafael Ramazotti pada minit ke-68 dan bekas penyerang kebangsaan, Mohd Safee Sali pada minit ke-78.

Kelantan pula akhirnya berjaya menamatkan badi empat perlawanan tanpa kemenangan selepas menewaskan Kuala Lumpur 4-2 di Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.Empat gol skuad ‘The Red Warriors' dijaringkan Nik Azli Nik Alias pada minit kesembilan, Shafiq Shaharudin (minie ke-15 dan 68) serta Nik Akif Syahiran Nik Mat (minit ke-88), manakala Kuala Lumpur berjaya mengurangkan defisit menerusi Indra Putra Mahayuddin (minit ke-79) dan Zhafri Yahya (minit ke-90).

Kali terakhir Kelantan, yang berdepan dengan masalah prestasi sejak awal musim, mencatat kemenangan adalah pada 24 Februari lepas, apabila menewaskan Perak 3-2 di Kota Bharu.

Dalam aksi tunggal Liga Premier pada malam ini, menyaksikan pasukan Persatuan Bola Sepak India Malaysia (Mifa) menewaskan Pulau Pinang 2-0 di Stadium Negeri, Batu Kawan, menerusi dua jaringan penyerang import dari Liberia, Kpah Sean Sherman pada minit ke-63 dan 72.- Bernama

Liga Super

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Super

Artikel Berkaitan

JDT kekal dipersada liga

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain