suria

De Gea lebur rekod Ronaldo

PENJAGA gol Manchester United David De Gea memenangi anugerah Pemain Terbaik Sir Mat Busby buat kali keempat dalam tempoh lima tahun dalam satu majlis yang berlangsung di Old Trafford, malam Selasa.

De Gea diundi sebagai pemain terbaik kelab itu bagi musim 2017/2018 oleh rakan sepasukannya selepas berjaya mencatatkan rekod tanpa bolos dalam 17 daripada 34 perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Terdahulu, penjaga gol berusia 27 tahun itu menyamai rekod bekas pemain United, Cristiano Ronaldo sebelum diumum sebagai pemenang malam Selasa.

Dengan kemenangan itu, ini bermaksud dia muncul pemain pertama merangkul anugerah tersebut lebih banyak berbanding pemain lain dalam sejarah United.

De Gea menyatakan rasa gembira kerana diberi penghormatan untuk menerima anugerah tersebut.

"Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata apa makna United kepada diri saya.

"Amat menakjubkan untuk bermain bersama kelab ini, sejarah dan penyokongnya. Ia sukar pada mulanya, saya berusaha keras, saya bangga dengan diri sendiri.

De Gea menyertai United pada 2011 dengan yuran perpindahan sebanyak 18.9 juta pound sterling dari Atletico Madrid.

Penjaga gol kelahiran Sepanyol itu bergelut pada musim awalnya dan digugurkan Sir Alex Ferguson yang lebih gemar menurunkan Anders Lindegaard.

Namun bakat De Gea tidak pernah meragukan dan dia kini diangkat sebagai salah seorang penjaga gol terbaik dunia.

David De Gea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain