suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Masa depan saya bukan terletak di trofi juara- Zidane

BOS Real Madrid Zinedine Zidane memberitahu masa depannya bukan terletak di tangan trofi Liga Juara-Juara.

Madrid akan melengkapkan perlawanan timbal balik separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich awal pagi Rabu.

Skuad Zidane yang menang 2-1 pada aksi pertama cuba untuk mara ke final sekaligus melengkapkan trofi juara untuk tiga kali berturut-turut.

Zidane berkata dia tidak terfikir masa depannya terletak di trofi juara itu.

"Saya jurulatih dan mahu meneruskan di kelab ini.

"Tetapi ia tak penting. Apa yang penting kepada orang lain adalah perlawanan ini."

Dalam pada itu, Zidane memberitahu, skuadnya akan melakukan serangan walaupun hanya perlukan seri untuk mara ke final.

"Kunci kami adalah memenangi perlawanan ini apabila masuk ke padang.

"Kami perlu menjaringkan gol dengan cepat dan itulah yang akan dibuat," ujarnya.

Zinedine Zidane, Real Madrid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain