suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perlawanan JDT-Selangor malam ini ditunda

PETALING JAYA: Perlawanan Liga Super diantara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor pada Selasa malam terpaksa dibatalkan.

Menurut kenyataan  Liga Bolasepak Malaysia (MFL), perlawanan kedua-kedua pasukan ini akan ditunda kepada keesokkan harinya iaitu Rabu (2 Mei) berikutan keadaan padang di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos yang tidak sesuai.

"Komisioner Perlawanan telah dimaklumkan oleh pengadil bahawa keadaan padang di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos di Larkin itu tidak sesuai untuk bermain bagi perlawanan malam ini.

"Ianya berikutan hujan tanpa henti di Johor Bahru dari malam tadi sehingga ke hari ini. Dari pengalaman pegawai perlawanan, keadaan tidak mungkin berubah sebelum waktu perlawanan," jelasnya menerusi kenyataan pada Selasa.

Mengambil kira faktor keselamatan dan perlawanan sengit kedua-dua pasukan, keputusan ini terpaksa dibuat.

"Keputusan awal ini dibuat bagi mengelakkan sebarang isu yang mungkin timbul berkenaan kehadiran penyokong yang tidak dapat menyaksikan perlawanan malam ini." katanya.

Selangor, JDT, Liga Super

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain