suria

Orang penting Klopp tinggalkan Liverpool?

Klopp dan pembantunya Buvac (kiri).

PENGURUS Liverpool menafikan pembantunya Zeljko Buvac melatak jawatan menjelang perlawanan timbal balik separuh akhir Liga Juara-Juara bertemu Roma awal pagi Khamis.

Jurgen Klopp dan Buvac,56, telah bekerja sama sejak 17 tahun lalu bermula sebagai pemain di Mainz.

Selepas itu Buvac bekerja sebagai pembantu Klopp di Mainz 05, Borrusia Dortmund dan Liverpool.

Bagaimana pun sejak akhir-akhir ini timbul hubungan mereka agak tegang sehingga dilaporkan Buvac meletak jawatan.

"Klopp dan Buvac renggang. Dan Buvac telah pergi," jelas satu sumber Liverpool kepada Daily Record Sport.

"Hubungan mereka telah pecah, dan pemain telah diberitahu bahawa Buvac sudah pergi."

Bagaimana pun, Liverpool menafikan laporan tersebut pada Isnin dan memberitahu ketiadaan Buvan musim ini kerana alasan peribadi.

The Reds bakal berjunjung ke Rome Rabu ini dengan membawa bekalan 5-2 pada aksi pertama minggu lalu.

"Zeljko memerlukan masa sendiri daripada situasi pasukan pertama bermula kini dan tamat musim ini, di atas alasan peribadi.

"Pihak kelab menerimanya sebagai perkara peribadi dan kami menghormati dan tidak akan membuat kenyataan lagi mengenai perkara ini lagi," jelas kenyataan Liverpool.

Zeljko Buvac, Jurgen Klopp, Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain