suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sepatutnya gembira wajah terpampang pada pesawat, tapi Salah rasa...

Wajah Salah dipaparkan di badan pesawat sehingga menimbulkan kontroversi. Foto Youtube/On Sport

TIMBUL pertikaian komersial antara pemain Liverpool, Mohamed Salah dan pihak berkuasa bola sepak di negara kelahirannya, Mesir tetapi telah diselesaikan dengan segera berikutan campur tangan politik peringkat atasan.

Keadaan tersebut sekali gus memperlihatkan kuasa bintang mega pemain sayap Liverpool berusia 25 tahun itu.

Salah kecewa apabila imejnya dipaparkan dengan jelas di bahagian luar sebuah pesawat pasukan kebangsaan, yang disediakan oleh penaja pasukan rasmi, WE. 

Bagaimanapun, Salah mempunyai perjanjian penajaan dengan firma telekomunikasi pesaing syarikat itu, Vodafone.

Menteri Belia dan Sukan, Khaled Abdel-Aziz memanggil ahli lembaga Persatuan Bola Sepak Mesir untuk mengadakan perbincangan segera pada Ahad lalu. 

Abdel-Aziz pada Ahad lalu berkata, beliau dan persatuan itu bersetuju untuk memenuhi permintaan Salah.

"Saya memberi jaminan kepada semua bahawa kami akan mengikut permintaaannya untuk menghormati semua kontrak yang dia terlibat di England," Abdel-Aziz menulis di Twitter.

Beliau kemudian memberi komen dalam program televisyen: "Mempertimbangkan bahawa semua tuntutan yang dibuat oleh mereka (Salah dan ejennya), telahpun dipenuhi." - Mail Online UK

Mohamed Salah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain