suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pembantu Mourinho calon pengurus baharu Arsenal?

Rui Faria (kiri) dan Jose Mourinho. Foto Daily Express

PEMBANTU pengurus Manchester United, Jose Mourinho, Rui Faria dikatakan bakal mengisi kekosongan jawatan pengurus Arsenal.

Menurut laporan akhbar United Kingdom, The Sun, Faria disebut-sebut dalam senarai calon untuk menggantikan Arsene Wenger yang akan meninggalkan kelab itu pada musim ini.

Dilaporkan terdapat 14 individu yang disenarai pendek, bagaimanapun Faria yang berkhidmat bersama Mourinho sejak 2001 adalah nama yang tidak berkemungkinan disenaraikan.

Menurut The Sun, Faria mungkin bersemangat mengambil peluang untuk menguruskannya tetapi pemilik Arsenal, Stan Kroenke mungkin mengambil pengurus baharu di Amerika Syarikat (AS).

Dan sudah tentunya Wenger yang menghabiskan masa selama 22 tahun di kelab itu tidak akan digantikan dengan seseorang yang kurang pengalaman. - Eurosport

Jose Mourinho, Arsene Wenger

Artikel Lain