suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Buvac bakal ganti Wenger?

PEMBANTU Pengurus Liverpool Zeljko Buvac dikhabarkan akan dilantik sebagai pengendali baharu Arsenal.

Menurut laporan di Bosnia, Buvac telah meninggalkan Liverpool selepas tidak lagi sebulu dengan Jurgen Klopp.

Namun pihak pengurus The Reds menafikan dakwaan mengejutkan itu.

Liverpool menegaskan tindakan Buvac angkat kaki adalah atas alasan peribadi dan pemergiannya tidak akan memberi kesan kepada kelab itu.

Namun, menurut Pravda BL, Buvac sebenarnya sudah berbincang dengan Arsenal berhubung tawaran sebagai pengganti Arsene Wenger yang akan meninggalkan kelab itu pada hujung musim ini.

Malah, Buvac didakwa sudah mengatur segalanya untuk kempen baharu Arsenal.

Pravda BL antara media yang pernah membuat laporan eksklusif mengenai Klopp akan menyertai Liverpool pada Oktober 2015.

Khabar angin itu sedikit sebanyak menjejaskan persediaan Liverpool menjelang aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara menentang Roma awal pagi Khamis.

Beberapa nama turut dikaitkan dengan Arsenal antaranya Massimiliano Allegri, Luis Enrique dan Carlo Ancelotti.

Zeljko Buvac, Arsenal, Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain