suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Saya menyesal” - Mourinho

Jose Mourinho. Foto Reuters

JOSE Mourinho memberitahu beliau menyesal di atas komennya yang lantang mengenai Arsene Wenger ketika saingan antara mereka berdua semakin berakhir.

Wenger menghadapi perjalanan terakhirnya ke Old Trafford sebagai pengurus Arsenal pada Ahad ini selepas beliau bersedia untuk menamatkan menguruskan kelab itu selama 22 tahun.

Beliau mencetuskan persaingan sengit dengan Manchester United dan ketika itu dihadapi oleh pengurus Sir Alex Ferguson, tetapi permusuhannya dengan Mourinho menjadi semakin peribadi.

Bekas pengurus Chelsea itu menyifatkan Wenger sebagai 'voyeur' (suka melihat kesengsaraan orang lain) dan 'pakar dalam menggagalkan sesuatu'. 

Kedua-dua pengurus itu pernah terlibat dalam pergaduhan secara fizikal pada Oktober 2014.

Ditanya adakah beliau menyesali insiden negatif itu, Mourinho berkata: "Ya saya merasakannya begitu dan mungkin dia juga."

Mourinho memberi penghormatan kepada Wenger untuk memberikan yang terbaik daripada Manchester United dan Chelsea beberapa tahun lalu.

Beliau turut berharap penyokong Manchester United memberikan penghormatan kepada Wenger pada Ahad. - Mail Online UK

Jose Mourinho, Arsene Wenger

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain