suria

Pasti, Sanchez sebenarnya pilihan...

Alexis Sanchez. Foto Reuters

JOSE Mourinho menegaskan bahawa beliau tidak pernah meragui Alexis Sanchez sebagai pilihan yang tepat buat Manchester United apabila pemain itu akan berdepan dengan kelab lamanya Arsenal hujung minggu ini.

Manchester United mengalahkan Manchester City apabila berjaya mendapatkan Sanchez pada jendela perpindahan Januari lalu dengan menjadikannya pemain Liga Perdana Inggeris yang dibayar paling tinggi dengan £600,000 seminggu.

Pada awalnya, penyerang berusia 29 tahun itu menghadapi kesulitan untuk menyesuaikan diri dengan kelab baharunya tetapi mula menunjukkan prestasi semakin baik sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Malah Sanchez membantu mengalahkan Tottenham dalam perlawanan separuh akhir Piala FA.

Mourinho mendakwa beliau sentiasa tahu Sanchez seorang pemain yang bagus, meskipun beliau berpandangan bahawa Manchester United tidak melihat perkara yang sama sehingga musim depan.

"Dia bermain dalam saingan kami selama bertahun-tahun," kata Mourinho.

"Kita semua tahu betapa bagusnya dia. Itulah sebabnya dia menjadi rebutan banyak pasukan, saya percaya, dan mengapa kita berusaha untuk mendapatnya buat kelab ini.

"Sejak hari pertama, saya yakin dia adalah pemain yang tepat, bukan sekadar kualiti yang biasa-biasa tetapi juga mentalitinya. Kita memerlukannya, lebih pengalaman lagi, ketahanan mental dan saya tahu lambat laun ia akan diatasi," ujar Mourinho. - Mail Online UK

Alexis Sanchez

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain