suria

Iniesta umum tinggalkan Barcelona dengan air mata

ANDRES Iniesta mengalir air mata selepas sah akan meninggalkan Barcelona tamat musim ini.

Selepas 22 tahun di Nou Camp, legenda Barcelona itu mengumumkan kariernya dengan kelab itu bakal berakhir musim ini.

Iniesta berada bersama kelab sejak kanak-kanak sehinggalah merangkul pelbagai kejuaraan bersama Barcelona dengan 31 trofi.

Pemain yang dianggap paling kreatif berusia 33 tahun itu mengumumkan perkara itu di hadapan rakan sepasukannya seperti Gerard Pique dan Ivan Rakitic, isteri dan anak-anaknya.

Iniesta dijangka akan menyertai Liga Super China bersama kelab Chongqing Dangdai.


Sebelum ini, perpindahan tersebut sudah tersebar, lebih-lebih lagi selepas Barcelona menjulang trofi Copa del Rey menewaskan Sevilla minggu lalu.

"Kami tiba di sini 25 tahun dengan kereta keluarga (menyertai akademi remaja).

"Dan kini mereka tetap bersama saya ketika mengucapkan selamat tinggal.

"Perjalanan yang penuh emosi dan juga bermasalah kerana saya tiba di sini ketika berusia 12 tahun. Tetapi buktinya amat berharga," jelasnya.

Tambah Iniesta: "Ini adalah musim terakhir saya. Saya telah berfikir mengenai keputusan ini sejak lama dulu. Bagi saya, Barca adalah sebuah kelab yang terbaik di sunia - kelab ini memberi segalanya kepada saya.

"Hari yangh sukar buat saya untuk mengucapkan selamat tinggal apabila sudah menghabiskan seluruh hidup di sini.

"Semua pilihan selepas ini mungkin bukan di Eropah. Kerana saya selalu berpegang dengan kata-kata bahawa tidak akan bermain menentang Barcelona."

Profil Iniesta:

Mula sertai Barca: 1996

Penampilan senior: October 29, 2002 lwn Club Bruges dalam Liga Juara-Juara

Penampilan: 669

Gol: 57

Pencapaian: La Liga (2004-05, 2005-06, 2008-09, 2009-10, 2010-11, 2012-13, 2014-15, 2015-16), Liga Juara-juara (2005-6, 2008-09, 2010-11, 2014-15), Copa del Rey (2008-09, 2011-12, 2014-15, 2015-16, 2016-17, 2017-18), Kelab Piala Dunia (2009, 2011, 2015), Piala Super Sepanyol (2005, 2006, 2009, 2010, 2011, 2013, 2016), UEFA Super Cup (2009, 2011, 2015)


Andres Iniesta, Barcelona

Artikel Lain