Allardyce masih di Everton musim depan - Sukan | mStar

Allardyce masih di Everton musim depan

PENGURUS Everton, Sam Allardyce memberitahu dia akan terus membimbing kelab musim depan.

Allardyce,63, yang mengambil alih Everton pada November lepas berjaya membawa pasukan berada dalam zon selamat liga.

"Kami berbincang mengenai perancangan musim lepas dengan pemegang saham kelab, Farhad Moshiri.

"Kami juga mendapat penjelasan untuk masa depan."

Allardyce berpuas hati sepanjang lima bulan memegang kelab ini dan berharap akan lebih meningkat musim depan.

"Kami sentiasa cuba untuk lebih bagus. Kerja keras yang kami buat di belakang tabir telah memberi kejayaan yang baik.

"Walaupun agak baik, tetapi sebagai pengurus ia tidak pernah puas. Anda akan mahu kelab buat lebih baik dan semua berpuas hati..."

Sam Allardyce , Everton

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Wenger sertai Everton?

Rooney bakal perpindah ke MLS

Artikel Lain