suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Stadium Wembley bakal dijual kepada jutawan Shahid Khan

STADIUM Wembley dilaporkan bakal dijual kepada jutawan Shahid Khan.

Ketua Eksekutif Persatuan Bola Sepak England (FA) Martin Glenn dilaporkan telah mencapai persetujuan bersama dengan pemilik Fulham itu.

Sekiranya berlaku, ia dianggap sejarah pertama apabila stadium national itu dimiliki orang luar, lapor The Sun dan Evening Standard.

Malah Tottenham Hotspur yang menggunakan stadium tersebut musim ini sementara menunggu Stadium White Hart Lane siap dalam proses pembinaan baharu kemungkinan akan turut terganggu.

Ia juga menyaksikan penurunan jumlah pemain England yang bermain di situ.


Khan merupan taikun peralatan kereta dan juga pemilik pasukan NFL, Jacksonville Jaguars memberitahu telah membida 600 juta pound untuk mendapatkan stadium itu.

Stadium Wembley juga bakal digunakan sebagai 'home' untuk perlawanan francais NFL dan perbincangan mengenainya dijangka berlangsung pada Khamis bersama FA.

Tambahan 400 juta pound juga bakal menjadi milik FA daripada tabung kutipan perlawanan harian di situ.

Menurut jurucakap FA: "Kami boleh mengesahakan bahawa FA telah menerima tawaran untuk membeli Satdium Wembley."

Stadium Wembley, Shahid Khan

Artikel Sebelum

Piya cari jalan sendiri

Artikel Berikut

Artikel Lain