suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tuchel pengganti Conte

THOMAS Tuchel bakal menjadi pengurus baharu Chelsea.

Dakwaan itu dibuat Eladio Parames, salah seorang rakan rapat Jose Mourinho yang juga bekas pengendali The Blues.

Dalam ruangnya di akhbar Record, Parames menulis:"Salah seorang yang nasibnya sudah tertulis adalah Pengurus Chelsea Antonio Conte."

"Pengendali dari Itali itu sepatutnya sudah mengetahui siapa penggantinya tetapi jika dia tidak tahu saya boleh dedahkan di sini maklumat itu - Tuchel, pengendali kelahiran Jerman itu meninggalkan Dortmund kerana tidak serasi dengan lembaga pengarah.

Pada masa sama, Parames turut mendedahkan punca sebenar Arsene Wenger mengumumkan untuk meninggalkan Arsenal selepas 22 tahun berkhidmat di Emirates.

"Wenger mengumumkan dia akan meninggalkan Arsenal. Ia adalah masa terbaik untuk melakukannya kerana Wenger difahamkan Arsenal sudah menemui penggantinya - Luis Enrique dari Sepanyol," katanya.

Thomas Tuchel, Chelsea

Artikel Sebelum

Nidzam Adha dalam dilema

Artikel Berikut

Jual Salah: Saya tak bersalah

Artikel Lain