suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Salah dikaitkan dengan anugerah Ballon D'or

KEMENANGAN menerusi Liga Juara-Juara memberi harapan cerah untuk Mohamed Salah memenangi anugerah Ballon D'or, demikian menurut Ian Wright kepada The Debate.

Salah sekali lagi menjadi wira buat Liverpool setelah pasukan itu menewaskan Roma 5-2 menerusi siri pertama separuh akhir, apabila dia menjaringkan dua gol dan tambahan dua lagi jaringan dalam perlawanan itu.

Pemain kelahiran Mesir itu memecahkan pelbagai rekod di Liverpool pada musim ini dengan catatan 42 gol, dan berkemungkinan menjadi penjaring terbanyak dalam Liga Juara-Juara musim ini.

Ujar Wright, prestasi pemain berusia 25 tahun itu kini sedang menjadi perbualan hangat.

"Christiano Ronaldo pun menang Ballon D'or banyak kali. Jika Salah terus menunjukkan prestasi begitu, dia bukan sahaja akan menjadi topik perbualan, malah berpeluang untuk memenanginya juga," katanya.

Dalam pada itu, Gordon Strachan berkata, kebolehan Salah menggunakan kedua-dua kakinya memberi kesukaran kepada pemain pertahanan pasukan lawan untuk menyekat kemaraannya.

"Ini terbukti sewaktu perlawanan menentang Roma. Malam itu dia setaraf dengan Messi dan Ronaldo.

"Tapi kita bercakap mengenainya untuk empat ke lima tahun lagi. Kalau dia berupaya mengekalkan prestasi itu, dia boleh disamakan dengan Messi," ujar Gordon lagi.-Sky Sports



Salah, Ballon D'or

Artikel Lain