suria

Messi lagi kaya dari Ronaldo

Lionel Messi (kanan) dan Cristiano Ronaldo. Foto Getty/Goal

LIONEL Messi bakal memperoleh lebih £28 juta (RM153 juta) berbanding Cristiano Ronaldo musim ini selepas menandatangani perjanjian bernilai £500,000 (RM2.73 juta) seminggu yang dimeterai pada November lalu.

Menurut angka terkini bola sepak Perancis, bintang Barcelona meruoakan pemain berbayar yang dibayar paling tinggi dalam dunia bola sepak dengan £110 juta (RM601.23 juta) apabila tawaran gaji kasar, bonus dan nilai tajaan diambil kira.

Messi akan menjadi pemain pertama yang memecahkan rekod £100 juta (RM526.57 juta), menjadikannya jauh lebih baik berbanding pesaing jangka panjang, Ronaldo yang memperoleh £82 juta (RM448.19 juta) sepanjang 2017 dan 2018.

Messi menduduki tempat teratas mendahului pemain Real Madrid itu selepas menandatangani kontrak bernilai setengah juta pound seminggu sebelum musim ini.

Perjanjian itu adalah sehingga musim panas 2021 dan termasuk klausa pelepasan £626 juta (RM3.42 bilion), juga mengandungi bonus besar £80 juta (RM437.25 juta).

Messi turut mendahuui bekas rakan sepasukan Barcalonanya, Neymar, yang menduduki tangga ketiga dalam senarai pada £71 juta (RM388 juta) selepas menandatangani kontrak yang menguntungkan dengan PSG pada musim panas lalu. - Mail Online UK


Lionel Messi, Cristiano Ronaldo

Artikel Berikut

Artikel Lain