suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dilarang Memandu Dua Tahun, Rooney Jual BMW

Rooney kini menjual kereta BMW i8 miliknya. Foto Liverpool Echo

KERETA BMW i8 milik Wayne Rooney kini dijual selepas dia dilarang memandu kerana kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.

Bintang kelab Everton itu mahu menjual kereta metalik perak dengan harga £64,995 (RM356,123).

Pemain berumur 31 tahun itu ditahan memandu di bawah pengaruh alkohol pada September lalu dalam satu insiden di Cheshire, England.

Rooney dikenakan perintah larangan memandu selama dua tahun akibat kesalahan itu.

Selain itu, beliau turut diarahkan melakukan kerja-kerja komuniti selama 100 jam tanpa bayaran dalam tempoh 12 bulan.

Harga jualan adalah kira-kira £50,000 (RM273,962) kurang daripada harga yang dibeli Rooney pada Januari 2015. - Mirror

Wayne Rooney, BMW

Artikel Sebelum

Aubameyang Sertai Arsenal?

Artikel Berikut

Artikel Lain