suria

Aubameyang Sertai Arsenal?

PEMINAT Arsenal percaya Pierre-Emerick Aubameyang memberikan bayangan yang jelas bahawa dia akan berpindah ke Emirates.

The Gunners mengejar penyerang Gabon itu sebagai ganti kepada Alexis Sanchez yang menyertai Manchester United pada Isnin malam.

Arsenal bersedia memecah rekod perpindahan bagi mendapatkan Aubameyang dan Arsene Wenger turut menyatakan spekulasi itu pada sidang media, Selasa.

Kata Wenger: "Yakin atau tidak yakin, saya tidak tahu.

"Kami tidak hampir untuk mengikat Aubameyang dengan Dortmind atau orang lain. Dia mungkin menjadi ahli pasukan baharu, tapi pemain lain pun ada juga."

Aubameyang yang mendiamkan diri selama ini telah memuat naik status bayangan di Twitter.

Dia menghantar tweet rahsiah kepada rakan sepasukan Dortmund, Dan-Axel Zagadou.

Tweet itu berakhir dengan "xxxxxxL" yang membuatkan peminat beranggapan ia merujuk kepada Arsenal. - Mirror UK

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain