suria

Piala AFC B-23: Tewas Tipis, Aksi Terbaik Skuad Negara

Foto: AFC

PETALING JAYA: Pasukan Malaysia menamatkan saingan Piala Asia Bawah 23 Tahun di Stadium Kunshan, China pada Sabtu.

Skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu tewas 2-1 kepada naib juara 2016, Korea Selatan, 2-1, petang Sabtu.

Malaysia gagal menyekat pergerakan pantas anak buah Jeong Jeong-yong apabila dikejutkan dengan jaringan seawal 15 saat permainan selepas wisel permulaan ditiup.

Tersentak dengan gol daripada Cho Jae-Wan itu, barisan pemain yang diketuai Adam Nor Azlin cuba mengembalikan rentak permainan yang lebih tenang.

Bagaimana pun, sukar buat barisan pemain negara melakukan serangan ke arah kubu muda Taegeuk Warriors itu apabila bola sentiasa dipintas dengan cepat.

Pun begitu pujian harus diberi kepada barisan pertahanan yang beberapa berjaya menghalang percubaan daripada Korea Selatan.

Babak kedua perlawanan menyaksikan skuad negara lebih banyak menyerang dan beberapa percubaan hampir mencecah gawang lawan menerusi Safawi Rashid pada minit ke 46 dan 54'.

Minit ke-56, Jae-Wan nyaris sekali lagi cuba mengganggu gawang Malaysia menerusi tandukkannya, namun bola tersasar.

Minit ke-58 Nik Akif Syahiran dipanggil keluar dan digantikan N. Thanabalan.

Beberapa minit dimasukan, pemain Negeri Sembilan itu menyamakan kedudukan sekaligus merancakkan lagi perlawanan.

Tempo permainan semakin menarik selepas berkongsi mata dengan kedua-dua pasukan mencari ruang kosong untuk melakukan serangan.

Minit-84 Han Seung-Gyu meranapkan impian untuk membawa permainan ke masa tambahan apabila menjaringkan gol kedua untuk pasukannya.

Biarpun tewas tipis, ternyata pemain muda negara telah menunjukkan permainan yang baik dan tidak memberi jalan mudah untuk Korea Selatan mara ke sparuh akhir.

Korea Selatan bakal berdepan dengan Uzbekistan yang telah mengetepikan juara bertahan, Jepun 4-0 sebelum ini.

Manakala satu lagi perlawanan separuh akhir menyaksikan Qatar yang menewaskan Palestin 3-2 bakal berdepan dengan Iraq atau Vietnam.

Korea Selatan, Malaysia, B23

Artikel Sebelum

Kim Swee Dedah Punca Tewas

Artikel Berikut

Artikel Lain