De Bruyne Sambung Kontrak Mega - Sukan | mStar

De Bruyne Sambung Kontrak Mega

KEVIN De Bruyne bersedia untuk menyambung kontrak mega bersama Manchester City.

Bintang Belgium itu mengakui selesa bersama Pep Guardiola dan bakal menurunkan tanda tangan kontrak baharu selama enam tahun.

De Bruyne dilapor bakal menerima gaji sebanyak 200,000 pound seminggu (RM1.5 juta), tambahan 60,000 pound (RM327,387) untuk hak imejnya.

Jumaat lalu, Fernandinho turut menyambung kontrak baharu selama dua tahun, seiring dengan Nicolas Otamendi.

Manakala kelab masih berbincang dengan Gabriel Jesus untuk kontrak baharunya.

Sebelum ini Guardiola mengesahkan menarik diri daripada mendapatkan Alexis Sanchez.

"Kami tidak mahu seorang lagi dalam posisi itu (penyerang bersama Sergio Aguero dan Jesus). Pemain lain mampu beraksi dalam pelbagai sudut.

"Untuk memberi pemain yang hanya bermain di satu posisi, ia tidak akan berlaku.

"Raheem Sterling boleh bermain di situ. Dia berbuat demikian di Old Trafford dan States pada pra musim lalu. Dia telah menunjukkan boleh mengatasi tekanan tanpa sebarang masalah," ujar Guardiola.

Kevin De Bruyne

Artikel Sebelum

“Ronaldo Nampak Sedih Di Real Madrid”

Artikel Berikut

Carrick Bakal Gantung But

Artikel Berkaitan

City Ikat De Bruyne Hingga 2023

Lebih Artikel

Kematian kanggaru 'sado' ditangisi