suria

Walcott Dedah Punca Ke Everton

THEO Walcott mendedahkan Wayne Rooney memainkan peranan utama dalam perpindahannya dari Arsenal ke Everton.

Pemain England ini memeterai kontrak bernilai 20 juta pound to Goodison Park selepas 12 tahun bersama Arsenal, menyumbang 108 gol dalam 397 penampilan.

Walaupun turut dirisik kelab lamanya, Southampton, namun pemain berusia 28 tahun itu akhirnya memutuskan untuk memilih Everton selepas berbual panjang dengan Rooney.

Rooney telah berjaya meyakinkan Walcott untuk beralih ke Merseyside.

"Beberapa kali saya bersembang dengan Wayne dan ia adalah faktor utama yang telah menarik perhatian saya untuk ke Everton.

"Dia memaklumkan ia lokasi yang baik untuk bermain bola dan kelab yang dalam proses untuk berkembang, mempunyai sejarah yang hebat, selain penyokong yang bijak serta begitu bersemangat.

"Saya selalu menganggap sukar untuk bermain di sini dan Wayne berpendapat Everton akan bertambah baik lagi," katanya kepada evertontv.

Walcott mahu membawa kecemerlangannya di Arsenal dengan menyumbat 19 gol pada musim lalu ke Everton.

"Saya mahu menjadi sebahagian pasukan ini dan bermain dengan sepenuh hati dan menganggap dapat menyumbang kepada posisi hadapan pasukan," katanya.


Walcott, Everton, Rooney

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

United Kelab Paling Kaya - UEFA

Artikel Lain