suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sanchez Dapat Bayaran Tertinggi Di United

Walaupun timbul pelbagai spekulasi, nasib dan masa depan Sanchez masih menjadi teka-teki.

MANCHESTER United dilaporkan telah mencapai kesepakatan perpindahan Alexis Sanchez ke Old Trafford.

Menurut laporan, pemain dari Chile itu akan menjadi pemain yang mendapat pendapatan tertinggi di United dengan bayaran sebesar £450,000 seminggu.

Menurut sumber Daily Mail, gaji tersebut terdiri daripada gaji bersih sebesar £350,000 seminggu, ditambah hak cipta gambar £100,000.

Sanchez juga akan menerima biaya perpindahan £30 juta.

Selepas menandatangani Sanchez, Jose Mourinho juga dilihat sudah bersedia melepaskan salah seorang pemainnya, Henrikh Mkhitaryan.

Mkhitaryan kurang mendapat peluang bermain sejak berpindah ke Old Trafford dari Borussia Dortmund.

Khabar angin mengatakan Mkhitaryan sebagai sebahagian daripada perjanjian Sanchez ke United dilihat benar.

Ini kerana Arsenal memang memerlukan pemain penyerang seperti Mkhitaryan melepaskan Theo Walcott ke Everton, Rabu.

Jika Sanchez ke United, urusan menandatangani kontrak baharu Mourinho di Old Trafford juga dianggap hanya menunggu waktu saja.

Alexis Sanchez, gaji tinggi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Walcott Dedah Punca Ke Everton

Artikel Lain