suria

United Kelab Paling Kaya - UEFA

MANCHESTER United memperoleh pendapatan terbesar berbanding kelab Eropah lain sepanjang tahun kewangan berakhir 2016 mendahului Real Madrid dan Barcelona.

Jumlah yang diperoleh United lebih 32 peratus berbanding dua lagi pasukan berkenaan, demikian laporan tahunan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA).

Keseluruhan pendapatan sebanyak 700 kelab Eropah berjumlah 18.5 bilion euro sepanjang 2016, berbanding 16.9 bilion euro untuk tahun sebelumnya dan 2.8 bilion euro pada 1996.

Bagaimanapun laporan itu menyebut, hampir separuh jumlah itu, 9.1 bilion euro diperoleh daripada 30 kelab dan jurang kewangan antara kelab elit dengan yang lain semakin meningkat.

Pendapatan daripada siaran televisyen Liga Perdana Inggeris menunjukkan Bournemouth memperoleh jumlah yang menyamai juaran Eropah tiga kali, Inter Milan.

Pendapatan United pada 2016 adalah 689 juta euro, berbanding 521 juta euro pada 2015.

United diikuti Barcelona dan Real Madrid dengan kedua-duanya memperoleh 620 juta euro, Bayern Munich (592 juta euro), Paris St Germain (542 juta euro) dan Manchester City (533 juta euro).

Keuntungan operasi United  sebanyak 232 juta euro juga yang tertinggi, diikuti Real Madrid, PSG, Bayern Munich, Arsenal dan City.

Selain itu, United juga dibebani dengan jumlah hutang paling banyak iaitu 561 juta euro, diikuti Benfica, Inter Milan, Juventus dan Liverpool.

Laporan itu juga mengesahkan kelab Liga Perdana Inggeris menikmati pendapatan paling tinggi di Eropah dengan kadar purata 244.4 juta euro.

Ia diikuti Bungesliga Jerman dengan 149.6 juta euro setiap kelab, selain Sepanyol (126.3 juta euro) dan Itali (100.2 juta euro).

"Sebagai pihak yang mengawal dan memantau perlawana, UEFA perlu memastikan bola sepak kekal berdaya saing dan seiiring dengan perubahan globalisasi dan teknologikal," kata Presiden UEFA, Aleksander Ceferin.

Selain itu, 16 daripada 20 kelab tertinggi yang memperoleh pendapatan penyiaran Inggeris adalah Manchester United dengan 146 juta euro, juga mendahului Real Madrid dan Barcelona.-IndiaToday







United, UEFA

Artikel Sebelum

Walcott Dedah Punca Ke Everton

Artikel Berikut

Artikel Lain