Ramon Marcote Nyatakan Kekaguman

Ramon Marcote

PENGENDALI Kedah, Ramon Marcote kagum dengan kesungguhan pemain tempatan skuad hijau kuning sepanjang kejohanan pramusim di Surabaya minggu lalu.

Beliau berkata, walaupun keputusan perlawanan sepanjang kejohanan berkenaan tidak menjadi keutamaan, namun aksi yang dipamerkan pemain membuktikan mereka mampu melakukan yang terbaik.

Jelasnya, kematangan pemain muda ketika berdepan setiap lawan juga layak dipuji meskipun terdapat beberapa kesilapan yang perlu diperbaiki.

"Pemain tempatan dan pemain muda telah menunjukkan bahawa mereka mampu bersaing dalam kejohanan ini dan mereka meletakkan diri sebagai aset penting pasukan.

"Pemain import kita, Alvaro Silva dan Pablo Pallares juga turut mempamerkan persembahan yang memuaskan hati saya walaupun kedua pemain ini hanya berlatih sebanyak tiga kali sebelum kita bertolak ke Surabaya.

"Saya harap jaringan yang dihasilkan oleh Pallares ketika bertemu Madura United pasti akan menambahkan keyakinannya untuk membantu Kedah musim ini.

"Dengan kehadiran Liridon Krasniqi dan Sandro Da Silva selepas ini, serta seorang lagi pemain dari kuota Asean pasti akan memantapkan lagi prestasi pasukan kerana pencabar kita musim ini telah melakukan persediaan sebaik mungkin.

"Pemain seperti Mohamed Hidhir yang berjaya menjaringkan dua gol membuktikan keupayaaanya untuk beraksi di peringkat lebih tinggi dan dia pasti akan lebih yakin ketika diberi peluang untuk beraksi pada Liga Malaysia musim ini," katanya kepada mStar Online.

Marcote memberitahu, tugas pentingnya kini adalah mengukuhkan persefahaman dalam kalangan pemain menerusi latihan dan perlawanan persahabatan sebelum liga membuka tirainya.

Menurutnya, semua pemain telah diberikan rehat selama dua hari selepas kembali dari Indonesia pada Sabtu malam sebelum menyambung kembali latihan pada Selasa petang.

Pada Rabu skuad hijau kuning akan kembali mengharungi perlawanan persahabatan bertemu Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) di Mini Stadium Univarsiti Utara Malaysia (UUM).

"Pada perlawanan Rabu ini, saya yakin empat pemain import kita telah bersedia untuk turun beraksi bersama dalam membuna sebuah skuad yang lebih baik selain meningkatkan moral diri sendiri.

"Saya juga berharap pemain import kelima Kedah akan tiba secepat mungkin kerana kita hanya mempunyai 18 hari lagi bagi mengenal pasti kesebelasan utama yang bakal berdepan JDT di bagi merebut Piala Sumbangsih," katanya.

Ramon Marcote, skuad Kedah

Artikel Sebelum

Manchester City Tolak Sanchez

Artikel Berikut

Ronaldo Beritahu Rakan 'Mahu Ke United'

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain