suria

Barca Beli Coutinho, Real Madrid Rancang Plot

Zinedine Zidane menjadi perhatian selepas Real Madrid kurang menyengat di La Liga musim ini.

LIVERPOOL mungkin akan kehilangan seorang lagi pemainnya selepas Real Madrid menjadikan seorang lagi pemain bintangnya sebagai sasaran utama mereka, menurut laporan.

Kelab Liga Perdana itu menerima £142 juta daripada perpindahan Philippe Coutinho ke Barcelona, ​​menjadikan pemain dari Brazil tersebut pemain ketiga paling mahal dalam sejarah bola sepak dunia.

Tetapi, menurut laporan Gianluca Di Marzio, perpindahan ini telah mencetuskan gelombang kejutan dalam lembaga pengarah Real Madrid yang kini percaya mereka harus bertindak balas dengan menandatangani pemain baharu.

Pemain yang mereka mahukan ialah Mohamed Salah, yang bersinar sejak berpindah dari Roma ke Anfield pada musim panas.

Real dilaporkan akan berusaha membuat percubaan sama seperti Barca lakukan terhadap Coutinho.

Pemain dari Mesir itu menikmati musim yang hebat dan telah menjaringkan 17 gol dalam Liga Perdana, tempat kedua di bawah Harry Kane, serta menjaringkan lima gol dalam Liga Juara-Juara.

Membawa masuk Salah dianggap sebagai 'berbaloi dan mampu memberikan keseimbangan semula dalam mengembalikan kekuatan kelab itu di La Liga.

Barcelona kini mendahului 16 mata di hadapan Real.

Kemungkinan untuk menandatangani Kane telah diusahakan tetapi akan ditolak oleh Spurs, sementara PSG menewaskan gergasi Sepanyol itu untuk menandatangani Kylian Mbappe pada musim panas.

Salah akan memberikan 'senjata' yang sangat diperlukan di Bernabeu, dengan bekas pemain Chelsea itu menjaringkan lebih banyak gol liga berbanding Cristiano Ronaldo (4), Gareth Bale (4) dan Karim Benzema (2) gabungan musim ini.

Walau bagaimanapun, Liverpool akan melakukan segala yang mungkin untuk menyekat Salah, manakala £142 juta yang mereka perolehi daripada pelepasan Coutinho bermakna mereka tidak mempunyai keperluan kewangan untuk menjual bintang lain. -metroUK

MOhamed Salah, Coutinho

Artikel Sebelum

Lucas Moura Setuju Ke United?

Artikel Berikut

Artikel Lain