suria

Lucas Moura Setuju Ke United?

Lucas Moura. -fotoGetty

SAO Paulo, bekas kelab Lucas Moura, dilaporkan yakin pemain sayap itu akan berpindah ke Manchester United.

Moura hanya membuat lima penampilan untuk Paris Saint-Germain (PSG) dalam Ligue 1 musim ini berikutan ketibaan Neymar dan Kylian Mbappe.

Justeru, tidak hairanlah pemain berusia 25 tahun yang kecewa itu sedang dikaitkan dengan perpindahan dari PSG.

Laporan mencadangkan Moura telah berkata 'ya' kepada Jose Mourinho untuk menyertai United, dengan PSG bersedia untuk menjual pemain antarabangsa Brazil itu bulan ini.

Menurut sumber Brazil, Globo Esporte, sumber-sumber di Sao Paulo percaya Lucas ditetapkan untuk perpindahan ke Old Trafford.

Sumber itu mendakwa Red Devils akan menandatangani pemain PSG itu dengan bayaran kira-kira £22 juta sebelum jendela perpindahan Januari ditutup.

Ditanya mengenai spekulasi pemindahan Oktober lalu, Moura memberitahu UOL Esporte: "Saya sedang memberi tumpuan kepada peningkatan prestasi fizikal saya.

"Apa pun situasi dengan pasukan kebangsaan, itulah keputusan Tite. Saya perlu memberi tumpuan kepada peningkatan di PSG.

"Musim ini bermula dengan cara yang sukar untuk saya, tetapi matlamat saya adalah untuk mendapat semula tempat dalam kesebelasan utama dan detik-detik hebat yang saya alami tahun lalu." -metroUK

Lucas Moura, Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain