suria

Pemain Kedah Terganggu

Khairul Helmi (dua kiri) pada seidang media berkaitan isu pasukan yang timbul sejak akhir-akhir ini.

PETALING JAYA: Kapten Kedah mengakui moral pemain sedikit sebanyak terganggu dengan isu yang malanda pasukan sejak akhir-akhir ini.

Khairul Helmi Johari atau dikenali Keon mengakui dua isu yang menjadi tular di media sosial memberi tempias kepada pasukan Helang Merah dalam persiapan menjelang musim 2018.

Menurut Keon,29, dia mewakili pasukan Kedah tidak bersetuju dengan desakan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah supaya meletak jawatan sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

"Kami tegaskan bahawa tidak bersetuju dan membahtgah cadangan itu dan berkeras bahawa KFA amat memerlukan sokongan dan kepimpinannya.

"Sepanjang musim beliau memimpin KFA dan telah menjalankan secara profesional dengan memberi kepercayaan kepada pengurus dan jurulatih sehingga muncul sebagai salah sebuah pasukan yang dihormati," ujarnya dalam satu sidang media khas bersama beberapa rakan pasukannya lewat petang Khamis.

Tambah Keon, Ahmad Bashah memainkan peranan penting sepanjang kepimpinannya dengan menjaga kebajikan pemain, gaji tepati masa dan  memastikan semua pemain beada dalam keadaan baik.

"Beliau ibarat 'seorang ayah terhadap anaknya'.

"Malah beliau tidak mengambiul kesempatan mempolitikkan bola sepak untuk kepentingan mana-man pihak. Jadi sebagai satu pasukan, kami menyokong penuh menteri besar untuk terus memegang jawatan presiden.

"Tidak perlu layan desakan tersebut," ujarnya.

Dalam pada itu, Keon turut berharap orang ramai terutamanya penyokong pasukan kedah tidak membuat tanggapan salah mengenai kaitan rasuah dengan pasukannya.

"Ia masih dalam siasatan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah) dan belum tentu ia benar.

"Kita harus berpegang kepada konsep dakwaan tidak semestinya benar selagi tidak ada bukti bersalah," tegasanya.

Sebelum ini tular di media sosial mengatakan beberapa pemain skuad itu disogok RM200,000 seorang pada perlawanan akhir Piala Malaysia bertemu Johor Darul Tak'zim.

Khairul Helmi, Keon, Kedah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain