suria

Robinho Dikenakan Penjara Sembilan Tahun

BEKAS pemain Manchester City, Robinho dikenakan hukuman penjara sembilan tahun, jelas satu laporan di Itali.

Robinho yang juga bekas pemain Real Madrid didapati bersalah melakukan serangan seksual terhadap seorang gadis Albania di sebuah kelab malam di Milan pada Januari  2013.

Bagaimana pun pemain berusia 33 tahun itu mengaku tidak berada di tempat kejadian ketika dia di AC Milan selepas berpindah dari Etihad pada 2010.

Robinho dituduh melakukan serangan tersebut bersama lima lagi individu lain.


Ejen serta peguamnya, Marisa Alija Ramos memberitahu Sportsmail: "Tuduhan mengambul masa beberapa tahun. Saya jelaskan bahawa klien saya telah mempertahankan dirinya daripada dakwaan dan kekal dia tidak terlibat dengan insiden tersebut.

"Tindakan undang-undang telah diambil untuk bertindak balas terhadap keputusan tersebut."

Robinho yang kini beraksi di Brazil merayu tidak bersalah mlalui peguamnya dan tidak pernah melihat dia menghadiri mana-mana pendengaran di mahkamah di Itali.

Mahkmah Milan mengarahkan mangsa dibayar 53,000 pound (RM290,102) sebagai pampasan bagi penderitaan berikutan insiden tersebut.

Serangan Seksual, Robinho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Perlawanan Liga Europa

Artikel Lain