suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

JDT Ikat Syamer Kutty

Foto Facebook Johor Southern Tigers.

PETALING JAYA: Selepas Adam Nor Azlin, Johor Darul Ta'zim (JDT) mengikat seorang lagi pemain pasukan bola sepak Bawah 22 (B-22) negara, Mohamed Syamer Kutty Abba.

Perkara itu disahkan Pengarah Sukan Kelab Bola Sepak JDT, Martin Prest menerusi satu kenyataan di laman Facebook Johor Southern Tiger, malam Sabtu.

"Saya ingin mengalu-alukan kedatangan Mohamed Syamer Kutty Abba ke JDT. Kami teruja dan gembira dia bermain bersama kelab kami," katanya.

Menurut Prest, tonggak tengah Pulau Pinang itu merupakan pemain muda yang mempunyai potensi yang baik dan masa hadapan yang cerah.

"Dia seorang pemain yang boleh bermain dua atau tiga posisi yang sesuai dengan gaya permainan kami.

"Dia adalah sebahagian daripada projek jangka panjang kami dan kami gembira dia bermain untuk kelab kami," katanya.

Terdahulu Syamer mengesahkan ada menerima tawaran daripada sebuah kelab Liga Super tetapi mengambil pendekatan kunci mulut mengenainya.

Pemain berusia 20 tahun itu tampil cemerlang bersama skuad B-22 negara pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos lalu.

Anak buah jurulatih Datuk Ong Kim Swee itu meraih pingat perak selepas tewas di tangan Thailand.

Syamer turut disenarai-pendek jurulatih skuad Harimau Malaya, Nelo Vingada pada aksi kelayakan Piala Asia 2019 berdepan Hong Kong dan Korea Utara sebelum ini.

Syamer Kutty Abba, JDT

Artikel Sebelum

Dedah Bukti Atau Berdepan Saman

Artikel Berikut

Ronaldo Mengamuk

Artikel Lain