suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibrahimovic, Pogba Suntik Semangat United

ZLATAN Ibrahimovic diturunkan dari bangku simpanan untuk penampilan pertamanya sejak April lalu ketika Manchester United menundukkan Newcastle United 4-1 di Old Trafford, awal pagi Ahad.

United dikejutkan dengan gol pembukaan pemain Newcastle, Dwight Gayle seawal minit ke-14 sebelum melakukan serangan balas menerusi jaringan Anthony Martial dan Chris Smailing pada babak pertama.

Kehadiran Paul Pogba yang baru pulih daripada kecederaan ibarat menyuntik semangat pasukan apabila dia meledak gol ketiga pada minit ke-54.

Romelu Lukaku pula akhirnya menamatkan kemarau gol bersama United apabila melengkapkan gol keempat United ketika perlawanan berbaki 20 minit.

Dengan kemenangan itu United kini ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu Manchester City yang menang 2-0 ke atas Leicester City.

Mereka turut menduduki tangga kedua liga.

Gayle menjaringkan gol pertamanya untuk Newcastle musim ini selepas menyempurnakan hantaran kemas Deandre Yedlin.

Ini bermakna gawang United dibolosi buat pertama kalinya di gelanggang sendiri musim ini.

Ibrahimovic nyaris menjaringkan gol kelima United menerusi sepakan gunting tetapi berjaya ditampan Rob Elliot.

Paul Pogba, Zlatan Ibrahimovic

Artikel Sebelum

Soler Merayu Minta Dilepaskan

Artikel Berikut

Adam, Selamat Datang Ke JDT!

Artikel Lain