suria

Ibrahimovic Tak Sabar Sepak Bola

ZLATAN Ibrahimovic mendedahkan dia akan kembali memperkukuh jentera serangan Manchester United, kepulangan ke Old Trafford yang ditunggu-tunggunya selama ini.

Bintang Sweden itu tidak diturunkan sejak April lalu selepas bergelut dengan masalah kecederaan yang diperolehi ketika menentang Anderlecht pada aksi Liga Europa.

Pemain berusia 36 tahun itu merupakan penjaring terbanyak United musim lalu dengan 28 gol.

Namun sejak dibelenggu kecederaan, tugas Ibrahimovic diambil alih oleh Romelu Lukaku.

Ibrahimovic bagaimanapun berkata dia boleh beraksi di belakang Lukaku.

"Bagi saya No 10 adalah bintang.

"Pemain yang melakukan kelainan, disedari, memenangi perlawanan dan pemimpin pasukan. Dan saya melihat diri saya pada posisi itu tetapi ia bukan sesuatu yang diberikan kepada anda.

"Ia sesuatu mengenai diri anda. Sejujurnya, ia ibarat pemicu yang membuatkan saya bangkit daripada kecederaan. Kerana saya memakai jersi No 10 untuk skuad kebangsaan dan juga PSG," katanya.

Zlatan Ibrahimovic

Artikel Sebelum

Adam, Selamat Datang Ke JDT!

Artikel Berikut

United Sedia Bida Semula Bale

Artikel Lain