suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ronaldo Mengamuk

BINTANG Real Madrid Cristiano Ronaldo melepaskan geram terhadap rakan pasukannya di bilik persalinan selepas terikat 0-0 dengan Atletico Madrid.

Real Madrid berdepan laluan getir untuk memenangi trofi La Liga musim ini selepas mempamerkan aksi hambar ketika berdepan Atletico.

Ronaldo turut gagal menambah koleksi jaringannya untuk musim ini.

Dengan keputusan seri itu, ini bermakna Real ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu La Liga, Barcelona.

Menurut portal Sepanyol, Don Balon, Ronaldo tidak dapat menyembunyikan perasaan marahnya sebaik wisel penamat dibunyikan.

Ronaldo turut mempertikaikan komitmen pemain Real dan memberitahu rakan pasukan bahawa mereka tidak akan memenangi sebarang trofi jika prestasi mereka terus merosot.

Bagaimanapun Dani Carvajal yakin Real masih boleh mengejar Barcelona.

"Kedudukan agak jauh ketinggalan daripada Barcelona tetapi pasukan akan memberikan apa sahaja. Jika kita beraksi pada tahap maksimum setiap minggu, kita boleh merapatkan semula kedudukan itu," katanya.

Cristiano Ronaldo

Artikel Sebelum

JDT Ikat Syamer Kutty

Artikel Berikut

Soler Merayu Minta Dilepaskan

Artikel Lain