suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Coleman Letak Jawatan

PERSATUAN Bola Sepak Wales (FAW) mengesahkan Chris Coleman telah meletak jawatan selaku pengurus skuad kebangsaan itu berkuat kuasa serta-merta.

Coleman yang menjadi pengurus Wales pada 2012 mengemudi pasukan itu mara ke separuh akhir Euro 2016, kejohanan utama pertama mereka sejak 1958.

Namun dia gagal memacu Wales ke aksi Piala Dunia tahun depan kerana tersingkir pada pusingan kelayakan Kumpulan D bulan lalu.

Bagaimanapun Coleman dijangka akan mengambil alih kerusi panas di Sunderland.

The Black Cats beraksi tanpa pengurus sejak pemecatan Simon Grayson bulan lalu selepas hanya memenangi satu daripada 16 perlawanan di pentas Liga Kejuaraan.

Ketua Eksekutif FAW, Jonathan Ford berkata mereka kecewa apabila khidmat Coleman terpaksa ditamatkan.

"FAW dan seluruh rakyat Wales berterima kasih di atas sumbangannya sebagai pengurus skuad kebangsaan sejak enam tahun lalu.

"Kami mengucapkan selamat maju jaya untuk masa depan Coleman," katanya.

Chris Coleman, Wales

Artikel Sebelum

Mourinho Tak Nak Ronaldo

Artikel Berikut

Artikel Lain