suria

Mourinho Tak Nak Ronaldo

PENGURUS Manchester United, Jose Mourinho mendedahkan dia tidak akan mendapatkan khidmat Cristiano Ronaldo untuk pasukannya pada musim depan sekiranya dia kekal di Old Trafford atau berhijrah ke Paris Saint-Germain (PSG).

Laman web Sepanyol, Diario Gol melaporkan Mourinho telah memaklumkan PSG bahawa dia tidak perlukan khidmat Ronaldo jika dia berhijrah ke Perancis.

Malah pendekatan sama diambil jika jodohnya bersama United masih panjang.

Mourinho turut menyifatkan peluang untuk mendapatkan semula khidmat Ronaldo adalah mustahil.

"Saya tidak akan membuang masa terhadap pemain yang mustahil berhijrah ke kelab lain.

"Ronaldo adalah pemain penting untuk kelabnya. Seorang pemain yang hebat.

"Tiada alasan yang boleh buat kami terfikir Ronaldo akan meninggalkan kelabnya," kata Mourinho.

Ronaldo bergelut dengan prestasi tidak menentu bersama Real Madrid apabila hanya menjaringkan satu gol daripada tujuh perlawanan La Liga musim ini.

Namun dia menjaringkan enam gol pada empat aksi Liga Juara-Juara.

Namun penganalisis bola sepak Craig Burley memberitahu ESPN FA bahawa dia yakin United bersedia untuk membawa masuk semula Ronaldo jika pemain itu benar-benar mahu meninggalkan Real Madrid.

"Saya fikir perpindahan ke United masuk akal," katanya.

Cristiano Ronaldo

Artikel Sebelum

Conte Kekal Komited

Artikel Berikut

Coleman Letak Jawatan

Artikel Lain