suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Williams-Ohanian Kahwin

BINTANG tenis wanita terkenal dunia, Serena Williams mengahwini tunangnya Alexis Ohanian dalam satu majlis mewah di Contemporary Arts Centre, New Orleans.

Williams,36, serta pengasas bersama Reddit yang berusia 34  menjawab 'I do' di hadapan tetamu kenamaan yang hadir.

Antara bintang selebriti popular yang hadir termasuk penyanyi Beyonce dan ibunya Tina Knowles, Kim Kardashian, Kelly Rowland, Selita Ebanks, Ketua Editor Vogue Anna Wintour serta Colton Haynes.


Bekas pelakon 'Desperate Housewives' Eva Longoria turut hadir bersama suaminya Jose Baston.

Tidak ketinggalan juga jaguh tenis dunia seperti Caroline Wozniacki serta tunang David Lee.

Menurut laporan, tema perkahwinan juara 12 kali Grand Slam itu ialah 'Beauty and The Beast'.

Tetamu juga turut dihadiahkan cenderahati istimewa berupa mini trofi yang unik dan diletakkan nama masing-masing.

Serena Willimas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain