suria

Ramon Marcote: Ginney Chew Jumpa Presiden KFA

PETALING JAYA: Teka-teki mengenai calon jurulatih Kedah semakin terjawab apabila Puan Sri Ginney Chew berjumpa dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) petang Khamis.

Pengarah ECK Sdn Bhd itu memberitahu, tanggungjawabnya untuk cuba membawa bekas penolong jurulatih Helang Merah itu kembali ke Alor Setar sudah dilaksanakan.

"Saya dan  Tan Sri Dr. Khor Eng Chuen  telah berjumpa dengan Presiden KFA Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah lebih kurang pukul 2 petang tadi.

"Beberapa perkara dibincangkan dan kami juga telah menyerahkan profil peribadi  mengenai jurulatih Marco," jelasnya kepada mStar Online.


Ginney, 39, berkata, beliau kini lega kerana langkah pertamanya sebagai penaja pasukan Kedah serta membawa suara penyokong telah dilaksanakan.

"Seperti yang saya beritahu sebelum ini, kami akan cuba yang terbaik demi kepentingan bola sepak Kedah.

"Keputusan sama ada lulus atau tidak cadangan saya itu di tangan KFA.

"Presiden perlu berbincang dengan pengurusan KFA terlebih dahulu, dan mungkin dalam tempoh terdekat ini beliau akan mengumumkan sendiri,"ujarnya.

Dalam masa sama, Ginney berharap semua penyokong bersabar dan menunggu pengumuman rasmi daripada KFA.

Ramon Marcote

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Chong Wei Langkah Kanan

Artikel Lain