suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sudah Lengkap - Georgina

KEKASIH Cristiano Ronaldo, Georgina Rodriquez mengakui keluarga mereka kini sudah lengkap dan lebih bahagia selepas kelahiran Alana Martina pada Ahad.

Georgina yang memakai gaun sutera berwarna putih berkongsi gambar sedang memangku anak perempuannya di atas sofa yang dikelilingi jambangan bunga yang dihantar ke hospital dengan pengikutnya di laman Instagram.

Gambar tersebut ditulis dengan kapsyen: "Alana Martina dilahirkan pada 12-11-17."

"Menjadi seorang ibu dan menjaga anak-anak dirumah setiap masa memberi saya pengalaman  nikmat kebahagiaan. Dan kini kehadiran Alana Martina membahagiakan dan melengkapkan kehidupan kami," katanya.

Pada Ahad, Ronaldo mengesahkan kelahiran anak keempatnya di Hospital Quiron Universal  menerusi laman Instagram.

"Alana Martina baru sahaja lahir. Geo dan Alana masing-masing sihat. Kami semua amat gembira," katanya.

Cristiano Ronaldo

Artikel Sebelum

Chong Wei Langkah Kanan

Artikel Lain