suria

Lukaku, Rakan Pasukan Gaduh Di Bilik Persalinan

ROMELU Lukaku dilaporkan bergaduh dengan rakan pasukan di bilik persalinan selepas tewas 0-1 kepada Chelsea, Ahad lalu.

Rakan pasukannya di Manchester United gagal mencipta peluang untuk disempurnakan Lukaku di hadapan gawang.

Susulan kekalahan itu, Lukaku kini melanjutkan kemarau golnya kepada tujuh perlawanan.

The Sun melaporkan pergaduhan itu berlaku sejurus selepas tamat perlawanan di Stamford Bridge.

Tandukan Alvaro Morato pada babak kedua memberi kemenangan tipis ke atas Chelsea manakala kekalahan itu menyebabkan United ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu Manchester City.

Lukaku gagal menemui sentuhan berbisa di hadapan gawang di Stamford Bridge tetapi Mourinho menegaskan dia tidak bimbang dengan prestasi penyerang tersebut.

"Saya tidak membaca statistik, saya membaca permainan.

"Dari bangku simpanan, ia perspektif berbeza, bukan matematik. Saya gembira dengan kaedah, sikap dan keinginannya.

"Dia ada peluang baik untuk menjaringkan gol tetapi berjaya diselamatkan penjaga gol," kata Mourinho.

Romelu Lukaku

Artikel Sebelum

Chamberlain Rindu Arsenal?

Artikel Berikut

Artikel Lain