suria

Chamberlain Rindu Arsenal?

ALEX Oxlade-Chamberlain bakal mencetuskan rasa kurang senang di kalangan penyokong Liverpool selepas kekasihnya memuatnaik gambar seolah-olah menunjukkan dia masih merindui bekas kelabnya.

Kekasihnya yang juga penyanyi Perrie Edwards memuatnaik gambar Chamberlain memakai seluar bekas kelabnya di Instagram.

Pemain tengah itu berhijrah ke Merseyside dengan bidaan bernilai 40 juta pound sterling selepas memperkuat Arsenal selama enam tahun.

Chamberlain dilaporkan sudah penat bekerjasama dengan Arsene Wenger dan mahu diturunkan lebih kerap di posisi tengah untuk kelab dan negaranya.

Pemain berusia 24 tahun itu masih mencari rentak bersama Liverpool tetapi dia menjaringkan gol pertamanya ketika The Red menang 4-1 ke atas West Ham United minggu lalu.


Tapi nampaknya Chamberlain masih belum dapat melupakan Arsenal.

Ini berikutan gambar dia memakai seluar Arsenal yang dikongsi Perrie dengan pengikutnya di Instagram.

Pasangan itu menjalin hubungan cinta sejak setahun yang lalu.

Chamberlain tidak dipilih Gareth Southgate untuk aksi persahabatan England minggu ini.

Justeru dia mungkin menggunakan masa rehat itu untuk berhibur dengan rakan-rakannya.

Alex Oxlade-Chamberlain, Arsenal

Artikel Sebelum

Ini Harga Shaw!

Artikel Berikut

Artikel Lain