suria

Coleen Tak Pakai Cincin Kahwin

COLEEN Rooney sekali lagi dilihat tidak memakai cincin perkahwinannya seminggu selepas memaafkan Wayne Rooney berhubung skandalnya bersama seorang wanita beberapa bulan lalu.

Wanita yang sedang hamil anak keempat itu tidak memakai cincin perkahwinannya semasa pergi ke gimnasium di Cheshire pada Khamis.

Ini bukan kali pertama Coleen berbuat demikian sejak Rooney menjadi tajuk utama akhbar berita September lalu.

Namun ramai berpendapat, aksesori tersebut tidak praktikal untuk dipakai semasa berada di dalam gimnasium.

Pada Januari lalu, Coleen dan Rooney mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata keempat.

Namun beberapa minggu selepas pengumuman itu, Rooney dikecam kerana keluar berseronok dengan seorang wanita bernama Laura Simpson.

Lebih teruk, Rooney ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol semasa bersama wanita tersebut.

Susulan itu, Coleen telah menanggalkan cincin perkahwinan mereka dan bercuti tanpa Rooney disisi.

Sumber memberitahu The Sun, Coleen benar-benar kecewa dengan sikap tidak matang Rooney.

Baru-baru ini, Rooney dan Coleen dilihat cuba memulihkan hubungan mereka apabila meraikan sambutan hari lahir anak mereka.

Rooney turut memuatnaik gambar sambutan tersebut di kediaman mereka.

"Selamat Hari Lahir Kai. Nikmati hari istimewa anda," tulis Rooney pada kapsyen gambar tersebut.

Coleen Rooney

Artikel Sebelum

Mourinho Perhati Umtiti

Artikel Berikut

Artikel Lain