suria

Mourinho Perhati Umtiti

MANCHESTER United berharap untuk mengambil peluang merebut pemain pertahanan Barcelona.

Samuel Umtiti menjadi perhatian Jose Mourinho dengan nilai pelepasan 53 juta pound (RM292 juta).

Pemain antarabangsa Perancis ituberada di Nou Camp selepas berpindah dari Lyon dengan nilai 21 juta pound pada musim 2016.

Namun bos United itu percaya tawaran ke atas Umtiti itu amat menarik dan amat sesuai berada di bahagian tengah.

Sebelum ini Mourinho membeli Victor Lindelof dengan nilai 30 juta pound dari Benfica musim ini tetrpai pemain pemain antarabangsa Sweden itu dilihat belum menyesuaikan diri berada Old Trafford.

Dengan aksi mengagumkan bersama kelab Barcelona yang kini menguasai kedudukan La Liga, Umtiti menjadi tarikan Mourinho.

Sehingga kini, Umtiti merekodkan 15 penampilan bersama pengurus Ernesto Valverde.

Dia juga turut dipanggil menguatkan pasukan Perancis menjelang perlawanan persahabatan bertemu Wales dan Jerman hujung minggu ini.

Samuel Umtiti, Manchester United

Artikel Sebelum

Drinkwater Tolak Tawaran England

Artikel Berikut

Coleen Tak Pakai Cincin Kahwin

Artikel Lain