suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ronaldo Akui Sudah Berubah

BINTANG Real Madrid, Cristiano Ronaldo mendedahkan dirinya banyak berubah semenjak bergelar bapa.

Jelasnya, tanggungjawab itu banyak mengajarnya mengenai cinta yang tidak disedarinya selama ini.

"Bergelar bapa amat perjalanan yang unik dan peribadi, sesuatu yang banyak mengubah saya.

"Ia mengajar saya mengenai cinta yang saya tidak pernah tahu kewujudannya.

"Ia juga menjadikan saya lebih sabar dan memberikan saya perspektif yang berbeza mengenai apa yang benar-benar penting dalam kehidupan saya.

"Saya tidak sabar untuk bergelar bapa semula. Menjadi seorang bapa dan melihat keluarga saya membesar adalah keistimewaan paling besar pernah saya miliki," katanya.

Ronaldo turut mengakui meluangkan masa bersama keluarga kecilnya banyak membawa kegembiraan dalam kehidupan bekas pemain Manchester United itu.

"Berada di sisi mereka dan ketawa bersama. Mereka membawa kebahagian dan kegembiraan dalam hidup saya," katanya.

Ronaldo bakal menimang anak keempat hasil hubungan dengan kekasihnya, Georgina Rodriguez yang dijangka lahir pada 21 November ini.

Meskipun belum lahir ke dunia ini, Ronaldo dan kekasihnya sudah mempunyai nama untuk bayi perempuan mereka itu.

Pasangan itu sepakat memilih nama Alana Martina untuk bayi tersebut.



Cristiano Ronaldo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

TRW Kekal 60 Peratus Muka Lama

Artikel Lain