suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hazard Letak Syarat Sertai Real Madrid

Eden Hazard. -fotoAFP

BINTANG Chelsea Eden Hazard dilaporkan telah memberitahu Real Madrid bahawa dia hanya akan bersetuju untuk bersama kelab itu jika syaratnya dipenuhi.

Hazard sudah lama dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid, sejak dia menandatangani perjanjian dengan The Blues pada 2012.

Pemain antarabangsa Belgium itu dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik bola sepak dunia, setelah membantu Chelsea memenangi gelaran Liga Perdana sebanyak dua kali dalam tempoh tiga tahun.

Dengan Real pula yang sentiasa berusaha untuk menandatangani pemain terbaik dunia, perpindahannya ke Bernabeu dilihat mungkin akan berlaku pada akhir musim.

Bagaimanapun, laman web Sepanyol, Don Balon mendakwa Chelsea telah memberitahu Real bahawa dia hanya akan berpindah jika dijamin status sebagai salah seorang pemain utama kelab.

-fotoREUTERS

Ketika ini Cristiano Ronaldo kekal sebagai salah satu pilihan utama, walaupun mengalami mimpi ngeri bermula musim ini dengan hanya menjaringkan satu gol La Liga.

Los Blancos juga mempunyai Gareth Bale bersama Karim Benzema, Lucas Vazquez dan Marco Asensio.

Terdapat juga spekulasi menyatakan Harry Kane akan ditawarkan apabila jendela perpindahan dibuka semula pada musim panas.

Tetapi Don Balon mendakwa sasaran utama Zinedine Zidane tetap Hazard.

Di Chelsea, Hazard adalah salah satu pemain bintang, walaupun Antonio Conte juga mempunyai pemain kegemarannya seperti Alvaro Morata, Pedro dan Willian.

Jika Real bersetuju dengan syarat Hazard, perpindahannya ke kelab itu mungkin akan mengakhiri 'hayat' Bale.

Manchester United, Tottenham dan Chelsea turut dikaitkan dengan langkah membawanya kembali ke Liga Perdana. -expressUK

Eden Hazard, Cristiano Ronaldo

Artikel Berikut

Bapa OK Neymar Ke Real Madrid

Artikel Lain