suria

Bapa OK Neymar Ke Real Madrid

Neymar (tengah) bersama bapanya, Neymar Santos (kanan) dan ibunya Nadine Santos. -fotoAFP

READ Madrid dilaporkan terdesak untuk menandatangani bintang PSG Neymar.

Pemain antarabangsa Brazil berusia 25 itu telah menyempurnakan perpindahan rekod dunia ke kelab Ligue 1 pada musim panas ini.

Walaupun baru berada di PSG selama beberapa bulan, Neymar telah dikaitkan dengan perpindahannya dari ibu negara Perancis ke kelab lain.

Menurut laporan akhbar Sepanyol Don Balon, Real sudah bersedia untuk menandatangani bekas bintang Barcelona itu.

Mereka mendakwa Presiden Real, Florentino Perez memasang impian untuk menandatangani Neymar pada musim panas akan datang.

Don Balon turut menambah bahawa bapa Neymar telah memberikan lampu hijau untuk anaknya menyertai Real.

Bagaimanapun, penyerang itu dilaporkan menyasarkan langkah perpindahan pada 2019 kerana dia berminat untuk memenangi Liga Juara-Juara dan Ballon d'Or dengan PSG sebelum ‘angkat kaki’ dari kelab tersebut.

Cristiano Ronaldo. -fotoREUTERS

Menurut Don Balon, Neymar mungkin akan menggantikan Cristiano Ronaldo selaku orang kuat di Bernabeu.

Pemain berusia 32 tahun itu telah menunjukkan prestasi kurang menyengat pada peringkat awal musim ini di bawah kendalian Zinedine Zidane.

Ronaldo telah menjaringkan tujuh gol dalam 11 penampilan dalam semua pertandingan untuk Real, tetapi kelabnya masih ketinggalan lapan mata di belakang Barcelona dalam La Liga.

Kelab gergasi Sepanyol itu akan berdepan Atletico Madrid dalam perlawanan seterusnya. -dailystar

Neymar, Cristiano Ronaldo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Langkah Kafa Mengundur

Artikel Lain