suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Delac Bakal Tinggalkan Chelsea

MATEJ Delac akhirnya bakal meninggalkan Chelsea.

Selepas lapan tahun bergelar penjaga gol The Blues, Delac terpaksa melupakan hasratnya di Stamford Bridge kerana masalah permit.

Pemain berusia 25 tahun itu menyertai Chelsea pada tahun 2010 dari kelab Croatia, Inter Zapresic.

Delac sebelum ini lebih banyak bersama skuad pembangunan remaja Chelsea.

Selepas itu, dia dipinjamkan ke Vitesse Arnhem, Dynama Ceske Budejovice, Vitoria de Guimaraes, Vitoria de Guimares II, Inter Zapresic, Vicvodina, Sarajevo (2014, 2015-16), Arles-Avignon, dan terakhir Mouscron (2006-17).

Selepas John Terry meninggalkan kelab secara pemain bebas musim lalu, Delac menjadi pemain paling lama berada di Chelsea.

Delac pernah berlatih bersama ikon Chelsea, Didier Drogba (kiri).

Bagaimana pun, tempoh itu bukan tiket untuk dia bermain di kelab Liga Perdana itu buat kali pertama.

Dan dia mengakui, perlu mencari kelab baharu untuk masa depannya.

"Ya, tidak lama lagi akan tiba masanya. Masa untuk saya meninggalkan Chelsea.

"Ramai orang bertanya sama ada saya menyesal datang ke Chelsea dalam usia muda.

"Saya tidak ada rasa menyesal.

"Karier anda akan sentiasa lebih baik, tetapi dalam usia 25 tahun ini, saya telah banyak melalui pelbagai pengalaman, bertemu ramai jurulatih serta pemain.

"Chelsea percayakan saya, menyambung kontrak beberapa kali tetapi masalahnya adalah permit," ujarnya kepada SportSport.

Matej Delac

Artikel Sebelum

Langkah Kafa Mengundur

Artikel Berikut

Artikel Lain