suria

Tiga Skuad Muda Ke Final Piala Asia 2018

Skuad Bawah 19 Tahun layak ke final Paila Asia 2018. Foto kredit: FAM

PETALING JAYA: Tahun 2018 bakal menyaksikan tiga pasukan muda negara bersaing di pentas Piala Asia.

Bermula dengan skuad Bawah 22 yang dibimbing Datuk Ong Kim Swee layak ke final Kejohanan Piala Asia Bawah 23 Tahun di China Januari ini.

Mereka merakam kejutan apabila layak secara merit ke pusingan akhir Kejohanan AFC tahun depan selepas muncul juara kelayakan di Bangkok, Julai lalu.

Berita gembira itu tidak berhenti di situ sahaja memandangkan skuad Program Pembangunan Bola Sepak Malaysia (PPBN) yang dibimbing Pengarah Program, Lim Teong Kim menempah slot akhir Piala Asia Bawah 16 Tahun layak secara automatik selaku tuan rumah, juga pada Januari ini.

Bawah 16 tahun

Dan yang terbaharu, skuad Bawah 19 Tahun negara, kendalian Bojan Hodak disahkan layak ke pentas akhir pada Oktober-November tahun depan selepas menjadi lima pasukan terbaik selaku naib juara pada saingan kelayakan di Korea Selatan yang berakhir Rabu malam.

Anak buah Hodak bermula dengan baik bagi saingan Kumpulan F, menumpaskan Timor Leste 3-1, menang tipis 1-0 ke atas Brunei, mencatat 4-1 kepada Indonesia sebelum tewas 3-1 kepada tujran rumah, Korea Selatan pada aksi terakhir di Paju lewat Rabu malam.

Senarai penuh pasukan Malaysia ke Piala Asia 2018:

Bawah 23 Tahun - Ketua Jurulatih - Datuk Ong Kim Swee

Bawah 19 Tahun - Ketua Jurulatih - Bojan Hodak

Bawah 16 Tahun - Ketua Jurulatih - Lim Teong Kim

Piala Asia, 2018

Artikel Sebelum

Manchester United Intai Melo

Artikel Berikut

Rowley Tinggalkan Arsenal

Artikel Lain