suria

Manchester United Intai Melo

Pengurus United, Jose Mourinho dikatakan turut memantau Melo.

ARTHUR Melo kini dipantau rapi oleh Manchester United.

Pemain muda kelab Brazil, Gremio berusia 21 tahun itu menjadi perhatian bukan sahaja United, malah turut dikaitkan dengan Chelsea, Atletico Madrid dan Barcelona.

Ia berikutan prestasi memberangsangkan ketika Melo yang membantu kelabnya ke pentas akhir Copa Libertadores.


Malah Melo juga turut dipanggil bersama skuad Brazil ketika saingan Kelayakan Piala Dunia bulan lalu.

Melo membuat penampilan bersama skuad senior Gremio pada Januari 2015 di bawah bimbingan bekas pengurus Chelsea, Luiz Felipe Scolari.

Sejak itu, dia merekodkan 37 penampilan dan menjaringkan dua gol.

Dia turut mewakili negaranya di peringkat remaja Bawah 17 dan 20 Tahun.

Athur Melo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain