suria

Marseille ‘Rehatkan’ Evra

PATRICE Evra digantung berkuat kuasa serta oleh Marseille susulan insiden menendang seorang penyokong sebelum aksi sepak mula Liga Europa menentang Vitoria Guimaraes, awal pagi Jumaat.

Bekas pemain Manchester United itu dilayangkan kad merah sebelum perlawanan bermula ketika dia meluru ke arah salah seorang penyokong Marseile dan melakukan tendangan ala karate terhadap lelaki tersebut.

Evra bagaimanapun hanya disenaraikan sebagai pemain gantian untuk perlawanan itu, jadi Marseille tiada masalah beraksi tanpa kelibatnya.

Marseille dalam satu kenyataan mengesahkan Evra tidak akan beraksi sehingga satu tarikh yang diberitahu kelak.

Malah penggantungan itu dilakukan atas masalah disiplin pemain tersebut.

"Jacques-Henri Eyraud, presiden Olympique de Marseille bertemu Evra hari ini dan memaklumkan mengenai penggantungannya berkuat kuasa serta-merta.

"Sebagai pemain profesional dan berpengalaman, Evra tidak sepatutnya melakukan tindak balas sedemikian," demikian menurut kenyataan itu.

Laporan media Perancis mendakwa Evra dimaki peminat selama lebih setengah jam.

Malah wartawan Perancis, Julien Laurens mendakwa salah seorang penyokong memberitahu Evra supaya berhenti bermain bola sepak.

Dalam pada itu, pengurusnya, Rudi Garcia berkata Evra seharusnya tenang semasa diprovokasi oleh penyokong.

"Dia perlu belajar untuk sentiasa tenang. Itu apa yang saya boleh katakan," katanya.

Patrice Evra, Marseille

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain