Piala Malaysia: Kedah Harap Tuah Stadium Shah Alam

Pemain Pasukan Kedah menjalani sesi latihan bola sepak di Padang Kelab Sime Darby FC, Bukit Jelutong menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia 2017. Foto: Bernama

SHAH ALAM: Juara bertahan, Kedah mengharapkan tuah beraksi di Stadium Shah Alam menyebelahi mereka sekali lagi ketika berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2017, Sabtu malam.

Ketua Jurulatih Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusoff  berkata selepas melakar kejayaan menewaskan Selangor pada edisi lepas dan menjuarai Piala FA musim ini di venue itu, keputusan sama diharap dapat dicatat ke atas skuad Harimau Selatan pada pertembungan esok.

“Ini adalah kali ketiga berturut-turut Kedah berjaya sampai ke perlawanan akhir di stadium yang sama, jadi kita mengharapkan tuah yang sama seperti  tahun lalu,” katanya pada sidang media perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam di sini, Sabtu.

Bagaimanapun, pengendali berusia 49 tahun itu mengakui pasukannya bakal berdepan ujian getir dalam mengekang asakan JDT, namun ketiadaan tonggak pertahanan pasukan lawan Marcos Antonio yang mengalami kecederaan lutut dilihat memberi sedikit kelebihan.

“Kelebihan itu kita akan cuba gunakan sebaiknya tetapi jika dilihat pada barisan tengah dan serangan pasukan lawan, mereka memang sangat baik.

Jika kita lihat statistik gol sepanjang musim ini, mereka mempunyai rekod yang sangat baik. Oleh itu final kali ini kami memikul tanggungjawab yang lebih berat,” kata beliau.

Sementara itu, Kapten Skuad Lang Merah, Khairul Helmi Johari menggesa rakan sepasukan untuk memberikan yang terbaik dalam memastikan Piala Malaysia terus kekal berada di Kedah.

“Kita sudah berdepan JDT dua kali pada musim ini dan ia merupakan aksi yang seimbang. Sudah pasti final kali ini kami mahukan kemenangan tetapi bila bercakap soal final, hanya pasukan terbaik yang akan menang. Jadi saya mengharapkan semua pemain tidak kira yang bermain ataupun di bangku simpanan dapat memberikan sepenuh komitmen pada malam final esok (Sabtu),” katanya. 

Kedah, Piala Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Morais Idam Piala Malaysia

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain