suria

Conte Dedah ‘Isi’ Pertemuan Dengan Abramovich

ANTONIO Conte mengesahkan Roman Abramovich hadir sesi latihan Chelsea meskipun timbul spekulasi pemilik The Blues itu hilang sabar terhadapnya.

Chelsea berdepan kesukaran untuk mempertahankan trofi Liga Perdana Inggeris yang dimenangi mereka musim lalu selepas ketinggalan sembilan mata di belakang pendahulu, Manchester City.

Susulan itu, timbul khabar angin mendakwa Abramovich sudah memutuskan untuk memecat Conte dan hubungan mereka juga dilaporkan agak dingin.

Namun Conte menyangkal dakwaan itu dengan berkata dia telah bertemu dan berbual dengan jutawan Rusia tersebut hujung minggu lalu.

Malah Conte mendedahkan pertemuan itu banyak bertumpu kepada soal prestasi pasukan sejak akhir-akhir ini dan tiada kaitan dengan kedudukannya di Chelsea.

"Ya, Abramovich berada di Cobham pada Ahad selepas aksi menentang Bournemouth untuk menyaksikan sesi latihan dan bertemu dengan saya. Tapi itu normal.

"Sejujurnya kami bercakap mengenai perlawanan menentang Bournemouth dan aksi pertama bertemu Roma. Kami berbual mengenai perkara ini," katanya.

Laporan di Marca mendakwa komunikasi antara Conte dan Abramovich dilakukan menerusi Marina Granovskaia, seorang pengarah yang memainkan peranan besar dalam bisnes perpindahan pasukan itu.

Conte mempunyai peluang besar untuk memulihkan kritikan yang diterimanya apabila Chelsea melayan kunjungan anak buah Jose Mourinho di Stamford Bridge.

Jika Chelsea menang, mereka hanya ketinggalan satu mata di belakang Red Devils.

Antonio Conte, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain